Sabarlah Duhai Hati [Mimie Afinie] - IDEA KREATIF

RM26.00
9789670718378
1 item(s)
+

Dugaan berat yang menimpa, merubah seluruh hidup Nur Syafira. Saat bergelut dengan ujian, dia tiba-tiba dilamar untuk Muhammad Affan. Sungguh, dia tak percaya.


Tegur pun tak pernah, tiba-tiba nak jadikan dia isteri. Lagipun, dia masih tak lupa cerita lama. Cerita memalukan yang hanya mereka berdua saja yang tahu. Hatinya kuat mengatakan Affan terpaksa. Affan hanya menurut kehendak orang tua tanpa rela.


Namun, kalau dah tertulis jodoh mereka, elak macam mana sekalipun, tetap bersatu juga. Walau dihati ada curiga, Fira tetap mengharap bahagia.


“Sejak bila abang suka Fira?”

“Sejak Fira curi hati abang.”

“Abang kan pernah cakap, abang tak suka Fira. Abang takkan kahwin dengan Fira.”

Tawa Affan memecah suasana hening malam. Kuat dan lama.

Dalam suram cahaya lampu, Fira pandang suaminya. Geram dengan suara tawa itu.

“Ini cerita tahun bila Fira bawa keluar ni?”

“Tak kisahlah tahun berapa pun, yang penting abang pernah cakap macam tu, kan? Kecil hati Fira, tau!”

“Kecik hati dengan abang la ni?”

“Memang pun. Dah buat orang macam tu, pandai pulak ajak orang kahwin. Tak malu.” Fira mengejek.

Lagi sekali Affan hamburkan tawanya.


Bahagia yang disangka sampai ke petang, rupanya masih ada halangan dan rintangan.


“Kalau you nak tahu, bukan Affan yang nak sangat kahwin dengan you tapi mak teh yang paksa dia. Sebabnya mak teh kesiankan you.” - Nadia


Mampukah Fira terus memujuk hatinya supaya bersabar dan bertahan? Atau sudah sampai masanya untuk dia mengalah dan lepaskan segalanya?

1) 'Sign In / Register' dahulu di bahagian atas kanan, atau klik di sini.

2) Pilih buku-buku pilihan anda & klik 'Add To Cart'.

3) Klik 'Checkout' jika anda sudah selesai memilih buku pilihan anda

4) Lengkapkan alamat penghantaran anda.

5) Buat pembayaran sama ada melalui Online Transfer atau Bank In/ Cash Deposit atau Paypal.

6) Lampirkan bukti pembayaran anda kepada xxxx@gmail.com untuk tujuan pengesahan.

Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, untuk bantuan mohon hubungi kami dengan cara berikut:

Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.

Kami menggunakan perkhidmatan Pos Laju untuk membuat penghantaran pesanan buku ke seluruh negara.

Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 5 hari bekerja.

1. Bayaran yang dibuat & diemailkan bukti bayaran sebelum 9 AM (hari bekerja), akan terus diproses & dihantar pada hari yang sama.

2. Order atau bayaran yang dibuat selepas pukul 9 AM, akan diproses & dihantar pada hari bekerja berikutnya.

3. Pemprosesan order dibuat pada hari Isnin - Sabtu & penghantaran dilakukan pada hari bekerja Isnin - Jumaat.

4. Sekiranya syarikat courier cuti, order tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat courier mula beroperasi.

5. Tracking nuber akan dihantar terus kepada anda.

6. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan.

Mahu beli buku ini? Hubungi kami sekarang juga. Klik,